Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan
>> Sunday, July 31, 2011
Di kesempatan waktu yang ada di bulan penuh barakah ini, YB Dr. Ismail Salleh( Exco Pembangunan Insan Kerajaan Negeri ), En. Rashidi Abd Razak (Setiausaha Pembangunan Insan Kerajaan Negeri) serta barisan Sekretariat Pembangunan Insan mengucapkan “Ramadhan Karim” buat semua peserta kem-kem anjuran kerajaan negeri khususnya, dan seluruh umat Islam umumnya. Semoga dengan kehadiran ramadhan kali ini menjadikan kita hamba-hambaNya yang bertaqwa.Sama-sama kita tingkatkan amalan di sepanjang bulan tarbiyah ini.
Rasulullah SAW seringkali berdoa:
“Ya..Allah, berkatilah kami dalam bulan Syaaban, dan (panjangkan umur kami ) sehingga bertemu dengan Ramadhan.”
Betapa besarnya rahmat Ilahi bilamana kita dipanjangkan umur sehingga bertemu dengan Ramadhan. Kerana sabda Rasulullah s.a.w:
“Antara Ramadhan ke Ramadhan adalah pengampunan Allah.”
Maksudnya sesiapa yang dipanjangkan umur sehingga dapat bertemu dengan Ramadhan, maka Allah akan mengampuni dosa-dosanya (dosa kecil). Panjang umur bukan kerja kita, ia benar-benar hak mutlak Allah; lantaran itu marilah kita mensyukurinya.
Read more...
Re Union KBS 7 Siri3 2010 bakal berlangsung !!!
>> Friday, February 25, 2011
Salam ukhuwah kepada sahabat-sahabat pengerak KBS , saft fasilitator dan adik-adik peserta KBS 2010.
Bagi menjamin berterusan jalinan ukhuwah yang tertuai di Kem Bina Sahsiah, pihak sekretariat KBS bakal mengadakan RE UNION KBS 2010.
Butiran mengenai program adalah seperti berikut :
Tarikh : 12, 13, dan 14 Mac 2011 (Sabtu - Isnin)
Pendaftaran : bermula pada jam 3 petang-4 petang
Tempat : Muasasah Darul Ulum , Pokok Sena
Yuran : Rm 50
Untuk makluman penutup pada jam 11 pagi di Dewan Muasasah Darul Ulum.
Jangan lepaskan peluang ini ! Inilah masa untuk bertemu dengan abang dan kakak fasilitator. Penuh dengan pengisian yang menarik.. Pasti memuaskan..
p/s : untuk maklumat lanjut , boleh berhubung dengan pihak Sekretariat KBS 019-5909733
Read more...
al-fatihah buat keluarga peserta Muslimat KBS 2010
>> Saturday, January 1, 2011
"Dari Allah kita datang , dan kepadaNya jua kita kembali"
Kami dari pihak Sekretariat Kem Bina Sahsiah 2010 mengucapkan takziah kepada Adik Shahida Bt Mahamad Nasir dan sekeluarga buat ayahnya yang baru kembali ke rahmatullah pada Maghrib semalam. Jenazah al-Marhum akan di kebumikan pada 10 pagi (2 Jan 2011) di Masjid Kuala Sala, Kota Sarang Semut.
Semoga ruh almarhum dicucuri rahmat dan dimasukkan dalam golongan solihin...
Maklumat mengenai Majlis Penutup KBS
>> Friday, December 10, 2010
MAJLIS PENUTUP KEM BINA SAHSIAH 2010 ( KBS )

Salam sejahtera buat pengunjung blog Kem Bina Sahsiah terutamanya sekali kepada waris-waris peserta Kem Bina Sahsiah 2010
Sekteriat Kem Bina Sahsiah berbesar hati menjemput tuan puan waris kepada para peserta untuk menghadiri ke majlis penutup.Di sini pihak penganjur lampirkan maklumat sebagai panduan buat waris semua :
Masa : 2.30 petang -Perjumpaan khas waris dengan fasilitator
3.00 petangg - Perasmian Penutup oleh
YAB Menteri Besar Kedah
Tempat : Dewan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah,
Kolej Universiti Insaniah , Alor Setar.
sekian
Kem Bina sahsiah kembali
>> Saturday, November 27, 2010

Alhamdulillah , selesai sudah dua kem yang berlangsung serentak di enam lokasi dengan bantuan dari Allah.Program yang dimaksudkan adalah Kem Anak Soleh dan Kem Bina Insan yang diadakan selama 4 hari.
Insyallah, esok akan bermula lagi satu kem anjuran Pembangunan Insan Negeri Kedah iaitu Kem Bina Sahsiah.
SELAMAT BERPROGRAM buat adik2 di luar sana...
Selamat Datang ke Kem Bina Sahsiah sesi 2010 yg akan berlangsung pada esok hari sehingga 18 Disember nie..
InsyaAllah, sesi pendaftaran akan bermula pada jam 9 pagi esok di perkarangan Kolej Islam Darul Ulum, Kompleks Muassasah Darul Ulum, Pokok Sena, Kedah Darul Aman..
Semoga peserta2 Kem Bina Sahsiah sesi kali ini, mendapat banyak ilmu pengetahuan, pengalaman dan dapat mempraktikkan ilmu yg di perolehi dari kem ini.. semoga kalian menjadi anak yg soleh, pelajar yg cemerlang dan insan yg mulia,insyaAllah. Allahumma amin..dan kepada bekas-bekas fasilitator KBS siri-siri lepas , anda semua dijemput hadir ke kem ini.Syukran.
Subscribe to:
Posts (Atom)






